MEMBELA ISLAM

Pada Jumaat yang lepas saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan telah bersama-sama mengadakan demontrasi di kedutaan Thailand sebagai langkah untuk menunujukkan rasa ketidakpuasan terhadap umat Islam yang ditindas serta dibunuh di Thailand.Saya lebih suka mengajak sahabat-sahabat merenung bagaimana kita sebagai satu aqidah,bertuhankan Tuhan yang satu,yang solat lima waktu sehari semalam namun apabila kita bicara soal umat Islam,ramai dikalangan mereka yang mengambil enteng akan hal ini.Dimana sensitiviti kita sebagai saudara Islam?Samalah juga ketika kami mengadakan demontrasi untuk membela nasib umat-umat Islam di selatan Thailand,selesainya kami menunaikan solat Jumaat kami terus baramai-ramai menuju ke kedutaan Thailang dengan slogan hidup-hidup,hidup Islam,hancur-hancur kezaliman dan juga bartakbir.Namun ketika kami sedang berpusu-pusu untuk ke kedutaan Thailand,kami di sambut olah sekumpulan polis dan puluhan FRU yang menghalang kami untuk terus sampai ke kedutaan Thailand.Tujuan kami bukanlah untuk menentang kerajaan mahupun untuk membuat rusuhan,namun kami hanyalah pejuang membela Islam.Untuk pengetahuan kepada penbaca,terdapat juga sebahagian polis yang sanggup tidak menunaikan solat Jumaat,mereka memberi alasan bahawa kami sampai tidak solat Jumaat sebab kamu semua.itulah kata-kata yang diberikan kepada kami.Bukankah terdapat anggota polis yang beragama Hindu ketika itu?Bukankah mereka boleh menjaga lalu lintas dan sebaginya,inilah manusia yang pandai mencari alasan namun agama sendiri tergadai.Nah saya telah datangkan bukti bahawa polis sendiri yang tidak mangamalkan ajaran Islam,mana mungkin mereka-mereka ini dapat bersama-sama kami untuk membela Islam.Sepatutnya merekalah yang menjadi sayap-sayap perjuangan dan bertakbir bersama-sama.Ini tidak,orang yang bertakbir ditangkapnya dan dibawa ke balai.Akhirnya kami bersurai atas arahan pihak polis dan pulang ke tempat masing-masing.Semoga perjuangan ini tidak terhenti disini...wallahualam

0 comments: