HARI PERTAMA DI KAMPUS PERDANA

Assalamualaikum..telah sekian lama saya tidak menulis di blog ini,untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua saya hilang bukannya ke mana tapi saya sibuk dengan final exam dan cuti semester..alhamdulillah berjaya juga saya menjejakkan kaki di kampus perdana ini.Sebelum je sampai di pondok pengawal,jalan begitu sesak sekali.hmm memang kena banyak bersabar..saya terus berdafter di kolej 5 yang di beri nama Dayasari kalau tak silap.bolehlah tahan kolej ni,asaikan selesa..hmm nampaknyer saya dah ada roomato tau,sorang dari Melaka dan sorang lagi dari sarawak.Namanya Fahmi dan Zul,masing-masing ambil kos syariah dan undang-undang serta enginering tapi dalam minggu haluan siswa ni kami tak di tetapkan lagi bilik,belum ada bilik asal lagi.Selepas tu saya menghantar mak dan abah ke kereta.kesian mak,mak penat sangat hari ni,dahla kena bawa barang saya,bukan saya tak nak bawa sendiri tapi banyak sangat barang yang di bawa,sorry ye mak.Sampai pening mak di buatnya..kadang-kadang bila duduk kat bilik ni,rasa sedih pun ada.yela tinggalkan mak di rumah yang tak berapa sihat.ok la saya rasa mengantuk la.pukul 5 ada pengisian lagi ni.hmm mak,abah jaga diri elok-elok ye...sayang mak abah