HARI YANG MENAKUTKAN & HARI YANG KECEWA

Hmm semalam adalah hari saya menjalankan pemeriksaan darah bagi mengikuti palapes.Saya adalah orang asing di KL ni,bukan apa sebab saya belum mahir lagi tentang KL ni.Kami menerima arahan bahawa pemeriksaan darah akan dijalankan di Bangsar tetapi saya tidak dapat bayangkan dimanakah terletaknya klinik mahupun hospital utk membuat pemeriksaan tersebut.Akhirnya saya bersama rakan yang lain telah ketemu klinik yang dicari,kami terus berdaftar dan menantikan giliran dipanggil.Akhirnya nama saya dipanggil,degupan jantung semakin kencang,untuk pengetahuan semua,sejak kecil lagi,saya takut untuk masuk ke klinik ataupun hospital.Ya Allah mengapalah aku selemah ini??lalu doktor tersebut meletakkan ubat bius dan menyuntik tangan saya untuk diambil darah.Saya berasa seram sejuk,bermacam2 perasaan ketika itu.Saya langsung tidak memandang pada jarum tersebut..hmm nasib baik sekejap jer tau.itulah perkara yang menakutkan pada hari semalam.kecewa??hmm semalam terdapatnya pemilihan pemain bola sepak untuk mewakili universiti malaya(UM) tetapi pada ketika itu saya mempunyai kuliah sahingga pukul 7,memang kecewa sangat2.Habis je kelas,saya terus bermesej dengan abah,nasib baiklah abah berikan kata2 semangat pada saya.Semoga selepas ini saya menjadi seoarang yang berani & semoga impian saya untuk menjadi pemain negara akan tercapai.AMIN..

0 comments: