SEDARKAH KITA??

Masa berlalu begitu pantas,dari siang bertukar malam,dari sehari bertukar hari yang lain dan juga jarum saat terus tetap meninggalkan kita.Namun masih ramai di kalangan umat Islam hari ini alpa dan leka bahawa kita pada hari ini berada di penghujung zaman.Jadi di sini saya ingin menimbulkan persoalan,sudah bersediakah kita??Apabila kita melihat umat Islam di akhir zaman ini secara khususnya bagi golongan remaja,mereka seolah-olah tidak sedar bahawa sudah tiba masanya kita berubah.Di sini saya bukanlah untuk menyalahkan remaja secara kesuluruhannya ataupun menuding jari kepada mareka ini namun golongan inilah yang dikatakan golongan paling aktif yang mana banyak perbuatan atupun perkara-perkara yang melanggar syarak yang telah dilakukannya.Seperti contoh berlakunya zina,merompak,mencuri sehinggakan ada yang sanggup membuang anak luar nikah hasil hubungan haram tadi ke dalam mangkuk tandas,tempat sampah sarap dan sebagainya.Sedarlah kita ..Bukannya golongan dewasa tidak patut disalahkan mahupun kanak-kanak sendiri tetapi perbuatan remaja pada masa kini sudah malampaui batasnya.Ingatlah setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini pasti menemui balasannya,jika kita terlepas di dunia pasti akhirat menanti.Saya menyeru kepada sahabat budiman sekalian renungilah surah al-zalzalah ayat 7 dan 8

0 comments: